terlukanya sekeping hati

Hati,
Maaf kn aku
Sudah berkali-kali aku membiarkan kamu menangis
Sendirian...Tanpa mengembirakannya kembali.
Aku pentingkan diri sendirikan?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku menyeksa kamu wahai hati,
Terus-terusan diseksa.
Maafkan aku wahai hati.

Hati,
Aku harap kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
bolah kamu Janji dengan aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga,boleh?
Hati,
aku banyak membuat kamu terluka
tapi kamu tetap berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau aku lukai.

Hati,
sampai bila harus aku menghukum kamu seperti ini?

apa lagi yang harus aku lakukan untuk
menjaga kamu supaya tidak lagi terus-terusan sakit?
bagaimana  aku ingin sembuhkan lukamu itu..

Hati,
bersabarlah kamu sehingga aku betul-betul mampu
untuk membuatmu bahgia untuk selama-lamanya,
aku tahu ini semua kerana sikapku dan inilah
balasan yang aku terima dari apa yang aku lakukan
maafkan aku hati kerana diriku,
kau yang tersiksa.

Ya Allah..
kuatkan la semangatku.
cekalkan dan tabahkanlah hati ku..
aku manusia yang lemah..
aku tidak mampu melawan apa yang telah tertulis untukku.
begitu perit sekali apa yang telah aku lalui sekarang..betul kata orang,`what you give you get back`
sekarang aku sedang merasai apa yang pernah aku lakukan!hargailah orang yang betul2 sayangkan kita.jangan mengejar kebahagiaan yang belum pasti.

Tiada ulasan: