kamu yang bernama lelaki..

lelaki..
tolonglah jangan pikat seseorang perempuan itu,
jika kamu tidak bersedia untuk mencintainya.
tolong punyai sifat timbangrasa.

lelaki..
tolong jangan buat perempuan itu jatuh cinta,
jika kamu lansung tidak mencintainya.
cuba bayangkan jika kamu berada ditempat
perempuan itu..betapa pedih dan terlukanya.

lelaki..
jangan suka memberi harapan palsu,
jika kamu juga tidak pasti dengan perasaan sendiri.
perlu ke ucapan sayang rindu cinta jika ianya
bukan datang dari hati yang ikhlas?

lelaki..
jika kamu tiada hati kepadanya,
janganlah kamu menyakitkan hati perempuan itu.
terus teranglah yang kamu memang tiada hati untuknya.
itu lebih baik dari kamu terus melukakan hatinya.

lelaki..
janganlah terlalu suka mempermainkan perasaan perempuan,
jika kamu memang tiada sedikit pon perasaan terhadapnya.
ya..memang hati dan perasaan tidak boleh dipaksa,
tapi kita boleh mengawalnyakn?

Tuhan..jika aku masih diberi kesempatan,
izinkanlah aku untuk mencintainya dengan penuh kasih sayang,
dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
tetapi..jika cinta dia bukan lagi untuk aku,
dan cinta aku bukan lagi untuk dia..
jauhkan dia dari aku dan aku dari dia.
pisahkanlah kami dengan cara yang baik dan ikhlas kerana Mu Ya Allah..





Tiada ulasan: